fbpx

Santan Ayam Brand sebaik santan segar yang baru diperah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rangkaian produk santan Ayam Brand yang menjadi pilihan pelanggan untuk memudahkan masakan dan sihat.

PETALING JAYA – Santan  salah satu produk keluaran syarikat Ayam Brand menjadi salah satu ramuan wajib dalam setiap sajian asli di negara ini bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Melayu tetapi juga kaum India dan Cina serta Orang Asli untuk menjadikan masakan mereka lebih sedap dan beraroma.

Produk keluaran syarikat berjenama yang berusia 132 tahun itu terkenal kerana ia terdiri daripada produk berkualiti, bebas bahan awet, tanpa tambahan MSG, malah ia sihat dan juga halal.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Santan Ayam Brand  diperah daripada kelapa terpilih secara
bersih, kemudiannya dikekalkan kesegarannya dalam pek tetra mudah tanpa sebarang
bahan awet dengan menggunakan teknologi Suhu Ultra Tinggi (UHT).

“Santan Ayam Brand adalah sebaik santan segar yang baru diperah tetapi ia lebih mudah kerana anda
tidak perlu mengemas dapur untuk mendapatkannya.

“Santan ini juga mempunyai kepekatan yang tepat dan sesuai untuk setiap resipi.

“Pilihlah  daripada Santan Ayam Brand™ dalam pek 200ml (RM3.00) dan satu liter (RM11.90) yang
sesuai untuk keluarga besar atau penggunaan komersial dan Santan Trim Ayam Brand™
dengan pengurangan lemak sebanyak 45 peratus (200ml untuk RM3.00),” katanya.

Selain itu, bagi penggemar sajian pencuci mulut, boleh mencuba Santan Super Light Ayam Brand™ 330ml dengan hanya lima peratus kandungan lemak dan dipertingkatkan dengan air kelapa (RM3.60), bergantung pada pilihan
masing-masing.

Santan Ayam Brand™ juga sesuai dipadankan bersama Pes Tempatan Ayam Brand™  dengan pes-pes kegemaran ramai termasuk Rendang, Kari Ikan, Kari Ayam, Masak Lemak dan Kurma. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI