fbpx

Jangan tanam kebencian hanya kerana tidak sealiran – Scha Alyahya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Scha Alyahya percaya bahawa rezeki dalam setiap pekerjaan sudah ditentukan Allah SWT.

PETALING JAYA – Memahami amukan netizen tentang isu boikot, pelakon Scha Alyahya menegaskan tiada siapa berhak menghukum pekerjaan dan rezeki seseorang sehingga perlu menghamburkan caci maki bertalu-talu.

Ujar Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Mahadzir Al-Yahya, 41, sikap suka menyebarkan kebencian sepatutnya tidak berlaku hanya disebabkan seseorang tidak sealiran dengan mereka.

“Siapa kita untuk jatuh hukum pada kehidupan dan rezeki seseorang? Jangan kita tanam kebencian dan sebar permusuhan hanya kerana tidak sealiran dengan anda.

“Caci maki dan hinaan itu adakah dihalalkan? Jangan lupa, dosa sesama manusia,” katanya menerusi Instagram Story miliknya.

Percaya rezeki dikurniakan milik Allah, pelakon drama Awan Dania itu tiada kuasa untuk menolak rezeki yang telah ditetapkan untuk dirinya.

“Setiap seorang daripada kita sudah ditetapkan rezekinya oleh Allah. Baik saya, keluarga saya atau anda semua.

“Apa pun pekerjaan yang kita buat, itu jugalah rezeki yang sudah diaturkan. Tapi siapa kita untuk menidakkan ketentuan Allah,” ujarnya tegas.

Terdahulu, nama isteri kepada selebriti Awal Ashaari itu turut tersenarai dalam gerakan Blockout 2024 selepas didakwa masih menjalinkan kerjasama dengan jenama penyokong Israel.

Selain ibu kepada dua cahaya mata itu, antara selebriti Malaysia yang berada dalam senarai sama ialah Nadhir Nasar, Nabila Razali, Mira Filzah, Siti Saleha, Neelofa dan Awal Ashaari.

Rata-rata netizen mula menyahikut dan menyekat media sosial selebriti yang disenaraikan daripada menyemak dan lalu lalang di skrin mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN