fbpx

Kek daun bawang tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukas dan kek span daun bawang yang pertama di Indonesia - Foto TikTok

JAKARTA – Sejenis kek span yang dicampur dengan hirisan daun bawang menjadi perhatian pengguna media sosial di Indonesia selepas kopi daun bawang tular di China baru-baru ini, lapor portal berita Okezone kelmarin. 

Gambar memaparkan kek span daun bawang kini tular, malah video berkaitannya juga dimuat naik di akaun TikTok @lukaslongkutoy_. 

Menerusi kandungan itu, pemilik akaun bernama Lukas berkongsi pengalaman dia menikmati kek putih bersaiz besar yang dihiasi daun bawang. 

“Mencuba kek span daun bawang buat pertama kali dalam hidup,” tulis Lukas dalam keterangan pada hantarannya.

“Rasa kek itu seperti makan sayur segar, namun campuran bau daun bawang mengganggu dan merosakkan rasa kek itu,” jelasnya lagi.

Dalam video itu, Lukas dilihat beberapa kali menelan potongan kek, namun selepas beberapa kali, dia akhirnya mengalah. 

“Ia kelihatan menarik. Namun, rasanya pelik dan bau daun bawang sangat mengganggu rasa keknya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI