fbpx
ORANG ramai memberikan bantuan awal kepada Abdul Halim yang rebah sebelum disahkan meninggal dunia di Pasar Pagi Tikam Batu, Sungai Petani hari ini.

Peniaga sayur rebah, meninggal dunia di pasar pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang peniaga sayur meninggal dunia selepas rebah ketika sedang berniaga di Pasar Pagi Tikam Batu, di sini pagi tadi.

Mangsa, Abdul Halim Abdul Mutalib, 75, dari Kampung Lalang dipercayai tiba-tiba rebah ketika melayan pelanggan di tapak jualannya di kaki lima pasar kira-kira pukul 8 pagi.

Menurut rakan peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Rahim, dia bersama beberapa peniaga lain segera mengusung mangsa ke bawah deretan kedai sebelum memberikan bantuan awal.

“Namun, mangsa tidak memberikan sebarang tindak balas sebelum kami menghubungi pihak berkuasa.

“Selepas pemeriksaan dilakukan pegawai perubatan, mangsa disahkan telah meninggal dunia,” katanya.

Rahim berkata, Abdul Halim sudah lama berniaga sayur di pasar berkenaan dan dikenali sebagai seorang peniaga yang disenangi rakan-rakan serta pelanggan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, semakan mendapati mangsa mempunyai sejarah penyakit jantung, darah tinggi dan diabetes.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN