fbpx

Sambutan Hari TLDM dibatalkan, diganti majlis doa selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah satu helikopter yang terhempas di Lumut baru-baru ini.

LUMUT – Sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini di sini dibatalkan dan akan digantikan dengan majlis doa selamat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, turut dibatalkan ekoran insiden pertembungan dua helikopter yang menjalani raptai Hari TLDM itu pagi semalam ialah Hari Terbuka Armada TLDM.

“Semua acara itu dibatalkan. Ia (pembatalan) mendapati perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kapten Yang Dipertua TLDM,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM diterbangkan dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah ke Pangkalan TLDM Lumut bagi sambutan ulang tahun berkenaan.

Beliau memberitahu, helikopter itu telah diterima TLDM pada 2021 manakala helikopter Fennec TLDM yang turut sama terlibat dalam insiden itu pula digunakan sejak 2003.

“Pihak kementerian dan tentera laut bukan sahaja membantu menguruskan jenazah tetapi juga segala manfaat dan faedah-faedah yang wajar diterima balu dan juga keluarga mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI