fbpx

Nestle tawar peluang nikmati gaji seumur hidup melalui peraduan yang mula dilancar 1 Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Juan Aranols (kiri) pada majlis pelancaran Peraduan Gaji Seumur Hidup di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Nestle (Malaysia) Berhad melancarkan pe­raduan Gaji Seumur Hidup dengan menyediakan hadiah bernilai lebih RM4 juta yang bakal memanfaatkan kira-kira 700 pemenang dalam kalangan rakyat Malaysia tahun ini.

Menerusi kempen bermula 1 Mei hingga 30 Jun 2024 itu, dua rakyat Malaysia bertuah bakal menerima Gaji Seumur Hidup, selain turut menawarkan hadiah sagu hati buat pemenang harian dan mingguan.

Pelanggan hanya perlu membeli produk Nestle terpilih bernilai RM20 dalam satu resit, dan menghantar gambar resit berserta nama penuh dan nombor kad pengenalan menerusi WhatsApp, borang di laman web Nestle Malaysia atau kod QR yang tertera di kebanyakan kedai untuk beroleh penyertaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Juan Aranols berkata, pihaknya berusaha membawa nilai positif kepada mesyarakat sepanjang 112 tahun kehadiran syarikat di negara ini, yang mana peserta akhir peraduan berpe­luang memilih 17 badan amal yang bakal menerima sumbangan syarikat.

“Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup benar-benar mencerminkan matlamat kami untuk menambah baik kualiti kehidupan dan menyediakan platform untuk rakyat merebut peluang mencapai impian masing-masing, sambil memberikan sokongan kewangan kepada badan-badan amal untuk menambah baik kehidupan golongan memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran edisi terbaharu Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup di sini semalam.

Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup telah dilancarkan buat kali pertama pada 2020 apabila pe­rintah kawalan pergerakan (PKP) Covid-19 bermula.

Ia menawarkan hadiah wang tunai lebih RM4 juta yang memanfaatkan 850 rakyat pada masa sukar.

Pada edisi terdahulu, dua pemenang utama dipilih dalam kalangan 17 peserta akhir bagi membawa pulang Gaji Seumur Hidup sebanyak RM3,000 sebulan.

Nestle Malaysia turut me­nyumbangkan RM684,000 kepada 17 badan amal yang mengambil bahagian dalam inisiatif berkenaan masing-masing dipi­lih oleh 17 peserta peringkat akhir. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI