fbpx

Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri ditubuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri (PMAC) untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi Madani.

Pejabat Perdana Menteri berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan Tan Sri Mohd. Hassan Marican dan dianggotai Datuk Ahmad Fuad Md. Ali, Prof. Dr. Yeah Kim Leng dan Dr. Nungsari Ahmad Radhi.

“Penubuhan jawatankuasa ini susulan berakhirnya tempoh Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) pada Februari 2024 yang juga dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd. Hassan Marican.

“Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh ACFIN telah mendapat pertimbangan sewajarnya dan sebahagian daripadanya kini dalam proses pelaksanaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, jawatankuasa yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI