fbpx

‘Tun Hanif pemimpin yang hebat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail ketika ditemui selepas memberikan penghormatan kepada Allahyarham Tun Hanif di Seksyen 13, hari ini. -Foto SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – “Arwah adalah ikon dan guru saya”

Demikian kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar terhadap keperibadian dan ketokohan Allahyarham Tun Hanif Omar yang telah mengabadikan diri menjaga keselamatan negara sepanjang 20 tahun menerajui Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Ismail, Allahyarham Tun Hanif tidak pernah lokek dalam memberikan pandangan dan nasihat dalam meningkatkan profesionalisme bukan sahaja kepada beliau malah pegawai dan anggota PDRM.

Kata Ismail, pemergian Tun Hanif adalah kehilangan dan kerugian besar kepada PDRM serta negara secara keseluruhannya.

“Masa saya jadi Ketua Polis Negara, kalau ada masalah pun saya berhubung dengan beliau meminta pandangannya.

“Beliau sangat senang hati dan untuk beri pandangan. Malah, boleh dianggap sebagai ikon dan guru saya. Saya percaya bukan sahaja PDRM meratapi pemergiannya namun rakyat kita tahu tentang pergorbanan beliau,” katanya ketika ditemui di kediaman Allahyarham Tun Hanif di Seksyen 13 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail memberitahu, Allahyarham yang merupakan Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat selama 20 tahun telah menunjukkan ketokohannya sebagai ketua dan pemimpin yang hebat.

Malah, ujarnya, Allahyarham juga telah bertanggungjawab memodenkan PDRM sehingga menjadi pasukan keselamatan yang disegani sehingga peringkat antarabangsa.

“Banyak cabaran dilalui semasa beliau memegang pucuk pimpinan PDRM antaranya ancaman komunis. Beliau juga memang terpilih pucuk pimpinan negara iaitu bekas Perdana Menteri ketika itu (Allahyarham Tun Abdul Razak) dalam bawa perubahan kepada PDRM dengan ketokohan yang ada pada Tun Hanif.

“Semasa beliau menjadi Ketua Polis Negara, saya masih Inspektor dan arwah menjadi rujukan bagi menjadi ketua dan pemimpin. Allahyarham juga diiktiraf para pemimpin dan polis di luar negara,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI