fbpx

Teman lelaki adik cabul kakak OKU bawah tangga dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Tindakan seorang pencuci kolam mencabul kakak teman wanitanya yang berstatus orang kurang upaya (OKU) tanpa kerelaan mengundang padah apabila ditahan Rabu lalu.

Menurut mangsa, dia yang berusia 29 tahun pada mulanya diajak lelaki berkenaan untuk berjalan-jalan menaiki motosikal pada 15 April, sekitar pukul 9.30 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare berkata, selepas selesai meronda suspek mengajak mangsa untuk pergi ke kawasan tangga di belakang lif pangsapuri di Bandar Baru Ampang, di sini.

“Ketika di tangga suspek bertindak mencabul tanpa kerelaan mangsa.

“Mangsa kemudian menceritakan kejadian yang berlaku kepada adiknya yang juga teman wanita kepada lelaki terbabit,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, susulan laporan yang dibuat, polis berjaya menahan suspek berusia 38 tahun kerana disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan, Rabu lalu.

“Suspek bekerja sebagai pencuci kolam, hasil pemeriksaan telefon pintar suspek juga mendapati suspek menyimpan gambar dan video lucah.

“Ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati negatif penggunaan dadah namun suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau,”katanya.

Katanya, suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI