fbpx

Prospek positif ekonomi Johor bantu kurangkan hartanah tidak terjual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. JAFNI menyantuni tetamu yang hadir sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perumahan Tempatan Dun Bukit Permai di Hutan Bandar MPKu, Bandar Putra, Kulai hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

KULAI – Jumlah hartanah tidak terjual di negeri ini termasuklah di Forest City, Iskandar Puteri dijangka akan semakin berkurangan dalam tempoh beberapa tahun akan datang ekoran unjuran positif terhadap ekonomi Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, setakat awal tahun ini, lebih daripada 70 peratus unit kediaman yang ditawarkan di Forest City telah terjual.

“Di Johor, kita dapat lihat banyak hartanah yang tidak terjual sejak empat tahun lepas, telah terjual dalam tempoh masa dua tahun ini.

“Contohnya di Forest City yang digelar sebagai bandar berhantu, ramai orang tidak tahu bahawa 70 peratus pembangunan di situ telah terjual. Sama juga dengan kawasan Country Garden di Danga Bay,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Hutan Bandar, Bandar Putra, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd. Hairi Mad Shah.

Mohd. Jafni turut memberitahu, pihaknya bersetuju dengan kenyataan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Johor bakal menjadi negeri maju mengatasi negeri lain di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI