fbpx

MSU pamer lonjakan pencapaian dalam ranking universiti dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kampus MSU di Shah Alam.

PETALING JAYA – Management and Science University (MSU) meneruskan lonjakan pencapaian cemerlang universiti apabila lima subjek disenaraikan dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings (WUR) by Subject 2024.

MSU dalam kenyataan berkata, pencapaian tersebut memperkasakan lagi kedudukan MSU dalam landskap pendidikan tinggi global apabila berada dalam kalangan universiti terbaik dunia malah mengatasi pencapaian tahun lalu dengan penyenaraian tiga subjek.

Katanya, antara subjek yang mencatat pencapaian terbaik pada tahun ini ialah subjek Hospitality & Leisure Management yang disenaraikan pada kedudukan ke-29 dunia dan ke-2 di Malaysia iaitu peningkatan 17 anak tangga daripada tahun lepas.

“Turut mencatat peningkatan ialah bagi subjek Art & Design yang yang disenaraikan pada kedudukan 51-100 dunia dan pertama di Malaysia. Bagi subjek Business & Management Studies, MSU telah disenaraikan pada kedudukan 251-300 dunia dan ke-8 di Malaysia iaitu peningkatan 50 anak tangga daripada tahun 2023.

“Pencapaian lain termasuklah penyenaraian buat pertama kali subjek Social Sciences & Management yang berada pada kedudukan 501-550, ke-10 di Malaysia serta subjek Computer Science & Information Systems pada kedudukan 601-650, ke-13 di Malaysia dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings (WUR) by Subject 2024.

“Penilaian QS WUR by Subject 2024 melibatkan menerusi 1,559 institusi di seluruh dunia merentasi 54 subjek dan lima disiplin pengajian iaitu Art & Humanities, Engineering & Technology, Life Sciences & Medicine, Natural Sciences dan Social Sciences & Management,” jelas kenyataan tersebut hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, pengiktirafan itu membuktikan keberkesanan kualiti pembelajaran dan pengajaran yang diperkasakan dengan kerjasama erat bersama lebih 2,000 rakan industri menerusi University Industri Advisory Panel (UIAP) yang menyaksikan setiap graduan dilahirkan memenuhi keperluan semasa industri sama ada di peringkat domestik dan global.

“Sehingga kini, MSU mempunyai lebih dari 400 rakan universiti strategik di serata dunia bagi menyokong program “international partnership” atau pengantarabangsaan ini melibatkan pelajar serta tenaga pengajar dengan rakan universiti antarabangsanya merangkumi program-program mobiliti, kolaborasi dalam bidang penyelidikan, penerbitan bersama, khidmat komuniti serta kolaborasi lain.

“Manakala program mobiliti MSU melalui “Global Mobility Program” (GMP), “Global Leadership Program” (GLP) dan “Global Internship Program” (GIP) telah mendapat sokongan Universiti melalui Yayasan MSU dengan pengenalan Scholarship for Mobility and International Learning Experiences (SMILE).

“Selain aspek kerjasama pintar dengan rakan industri dan pengantarabangsaan, misi MSU dalam memperkasakan pembangunan modal insan turut merangkumi penekanan kepada aspek kebolehpasaran, keusahawanan, jalinan komuniti serta disokong oleh penyelidikan, pembelajaran sepanjang hayat, serta pendidikan fleksibel,” jelas kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI