fbpx

599 pelajar MSU terima zakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pelajar yang diraikan dalam Majlis Iftar Perdana dan Penyerahan Zakat kepada Pelajar MSU 2024

PETALING JAYA – Seramai 599 pelajar Management and Science University (MSU) diraikan dalam Majlis Iftar Perdana dan Penyerahan Zakat yang diadakan di Dewan Canselor, kampus MSU di sini baru-baru ini.

MSU dalam satu kenyataan berkata, majlis yang dianjurkan sempena Program MSU Ihya Ramadan 2024 itu bermatlamat menyantuni pelajar MSU dan Kolej MSU serta sebagai tanda keprihatinan MSU terhadap aspek kebajikan kumpulan pelajar terlibat.

“Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir.

“Majlis turut berperanan untuk memperkasakan lagi penerapan budaya 2G (Giving and Grateful) atau bersyukur dan memberi dalam kalangan warga kampus khasnya dan masyarakat amnya,” katanya.

Katanya, penyerahan zakat itu melibatkan kira-kira 599 pelajar termasuk pelajar antarabangsa merangkumi Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional; Fakulti Kesihatan dan Sains Hayat; Sains dan Kejuruteraan Maklumat Fakulti.

“Turut menerima zakat ialah pelajar dari Sekolah Perubatan Antarabangsa; Pusat Pengajian Pendidikan & Sains Sosial; Sekolah Hospitaliti & Seni Kreatif; Sekolah Farmasi; MSU College Shah Alam; MSU Learning Centre Kuala Lumpur serta MSU College Seremban.

“Dalam pada itu, Zambry turut melancarkan drama pendek terbitan MSU TV “MSU Raya 2024: Yang Hilang” yang disiarkan secara rasmi di platform You Tube @msumalaysia,” ujarnya.

Drama tersebut merupakan hasil kolaborasi bakat pelakon dan krew penerbitan yang terdiri dari kalangan pelajar dan staf MSU.

“Program MSU Ihya Ramadhan 2024 turut menyaksikan perlaksanaan lebih 200 aktiviti melibatkan warga kampus, komuniti setempat serta komuniti antarabangsa.

“Antara kategori dan golongan komuniti yang disantuni adalah anak-anak yatim, golongan asnaf, mualaf, kategori B40, orang Asli, petugas barisan hadapan, pelajar MSU dan Kolej MSU, pelajar sekolah serta rakan industri,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI