fbpx

3,000 penduduk rimas hidup dalam asap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN asap yang menyebabkan penglihatan terhad di sekitar Kampung Beris Lalang, Bachok semalam. – TOREK SULONG

BACHOK – Lebih 3,000 penduduk Kampung Beris Lalang, di sini, terpaksa hidup bersama asap sejak seminggu lalu susulan kebakaran hutan akibat cuaca panas dan kering yang sedang melanda ketika ini.

Tinjauan di Kampung Beris Lalang semalam mendapati, kawasan tersebut berjerebu dan berkabus sekali gus mengehadkan jarak penglihatan.

Selain itu, beberapa warung menjual makanan terpaksa menutup operasi disebabkan asap tebal.

Seorang peniaga, Nohaniza Mohd. Zakaria, 45, berkata, si­tuasi itu sekali gus mengganggu kehidupan mereka selain menjejaskan kesihatan.

“Penduduk terpaksa berkurung di dalam rumah selain tidak dapat menjemur pakaian disebabkan asap tebal.

“Asap tebal dan berbau turut menyebabkan ahli keluarga saya yang berpenyakit asma terpaksa berkurung di rumah.

“Pada masa sama, lebih 500 pelajar dari Sekolah Kebangsaan Beris Lalang dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Darul Iman telah dinasihatkan pe­ngurusan sekolah masing-­masing memakai pelitup muka ke sekolah,” katanya ketika ditemui di Kampung Beris Lalang, di sini semalam.

Nohaniza memberitahu, ibu bapa sudah dimaklumkan supaya membekalkan pelitup muka kepada anak ma­sing-masing dan menasihatkan mereka supaya tidak bermain di luar rumah selepas waktu persekolahan.

Seorang lagi penduduk, Ismail Mat, 56, berkata, mereka bimbang keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya pusat pelupusan sampah terbakar disebabkan oleh cuaca panas dan kering ketika ini.

Katanya, dia berharap kebakaran tersebut akan pulih dalam masa terdekat bagi memastikan penduduk kembali menjalani kehidupan lebih selesa.

“Pada masa sama, saya harap pemilik tanah kebun tidak melakukan pembakaran terbuka sehingga keseluruhan penduduk menanggung bahaya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI