fbpx

LBS lancar BSP Sutera, residensi densiti rendah di lokasi strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BSP Sutera, sebuah pembangunan residensi kediaman yang menampilkan kehidupan moden di Bandar Saujana Putra.

PETALING JAYA  – Pemaju perumahan terkemuka pilihan rakyat, LBS Bina Group Berhad (LBS) melancarkan BSP Sutera, sebuah pembangunan residensi kediaman yang menampilkan kehidupan moden di Bandar Saujana Putra. 

Terletak di atas tanah seluas 7 ekar, BSP Sutera memberi definisi baru gaya hidup komuniti dengan pilihan kediaman dan rangkaian kemudahan yang menarik dan terletak di lokasi yang strategik.

BSP Sutera menawarkan dua jenis kediaman densiti rendah, iaitu pangsapuri dan rumah bandar dengan 421 unit, masing-masing direka untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup semasa. 

BSP Sutera menawarkan dua jenis kediaman densiti rendah, iaitu pangsapuri dan rumah bandar.

Pembangunan ini dijangka menjana Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM 207 juta, menggariskan kepentingannya terhadap merancakkan industri dan landskap hartanah negara.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir Dr. Lim Hock San berkata, LBS  komited untuk menyediakan rumah yang memenuhi keperluan penduduk dan berusaha melangkaui jangkaan mereka. 

HOCK SAN

“Dalam masa yang sama, menerusi pembangunan projek BSP Sutera, kami berhasrat untuk menyediakan gaya kehidupan yang lestari dan bersepadu yang memupuk elemen-elemen ketersambungan, komuniti dan mampu milik,” katanya.

Dalam pada itu, dengan 337 unit pangsapuri merentasi sejumlah 20 tingkat dan 84 unit rumah bandar, BSP Sutera menawarkan pelbagai jenis kediaman untuk memenuhi keperluan setiap lapisan keluarga. 

Bermula dengan harga mampu milik serendah RM442,680 serta 7 peratus diskaun bumiputera, keluasan bermula daripada 850 kaki persegi sehingga 1,471 kaki persegi bagi rumah bandar, memastikan ianya memenuhi kriteria keperluan semua. 

Selain daripada kediaman yang direka dengan teliti, BSP Sutera turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti fasiliti senaman luar, trek jogging, kebun komuniti, gelanggang futsal, dan banyak lagi. 

Daripada kemudahan kawasan rekreasi sehingga ke pusat kecergasan dan taman permainan bersepadu, penduduk boleh menikmati gaya hidup aktif dan memberi kepuasan di kawasan persekitaran perumahan mereka.

BSP Sutera direka untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup semasa.

Hock San menjelaskan, sebuah kediaman ideal bukan sahaja merangkumi ruang kediaman dan akses semata-mata, kemudahan sekeliling turut memainkan peranan penting di dalam pemilihan kediaman berkualiti. 

“Kedudukan BSP Sutera yang terletak di lokasi yang amat strategik berhampiran dengan pelbagai kemudahan seperti institusi pendidikan, pusat beli-belah, hospital serta hab pengangkutan, memberi kelebihan dan sekaligus memastikan semua keperluan penduduk berada di dalam capaian mereka,” jelasnya. – KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI