fbpx

Konflik Iran-Israel: Rakyat Malaysia diminta kekal waspada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri menasihati rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke kawasan berlaku ketegangan antara Iran dan Israel supaya kekal berwaspada.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata, rakyat juga dinasihatkan terus mengikuti perkembangan situasi semasa dan sentiasa peka dengan sebarang kemungkinan gangguan jadual penerbangan.

“Mereka disarankan untuk merancang perjalanan dengan sewajarnya.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran,” katanya hari ini.

Wisma Putra pada berkata, Malaysia sedang memantau situasi terkini di Asia Barat itu dan menggesa semua pihak yang terlibat untuk meredakan ketegangan serta berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.

Terdahulu, Israel menyerang Iran dengan tiga dron, beberapa hari selepas Iran melancarkan serangan membalas dendam terhadap Israel.

Bagaimanapun, ketiga-tiga dron itu berjaya dimusnahkan pihak Iran.

Iran dilaporkan mengaktifkan sistem pertahanan udaranya ke atas beberapa bandar selepas letupan kedengaran berhampiran bandar Isfahan.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi memberi amaran kepada Israel sebelum serangan hari ini bahawa Tehran akan memberikan tindak balas yang teruk terhadap sebarang serangan ke atas wilayahnya.

Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) semalam bahawa Israel mesti dipaksa menghentikan sebarang tindakan ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan mereka.

Hal ini kerana Setiausaha agung PBB, Antonio Guterres memberi amaran bahawa Asia Barat berada dalam keadaan bahaya maksimum.

Iran menutup lapangan terbangnya di Tehran, Shiraz dan Isfahan selepas serangan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI