fbpx

PMX sambut ulang tahun ke-90 Tun Musa Hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Perdana Menteri di laman sosial beliau sebentar tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan meraikan hari ulang tahun ke-90 bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam di Johor Bahru.

Melalui satu hantaran beliau di media sosial sebentar tadi, Anwar berkata, Tun Musa merupakan sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti, selain menjadi watak yang gigih meneguh perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

“Menyambut dan meraikan tokoh dan juga negarawan Tun Musa Hitam bersama isteri hari ini di Johor Bahru. Tun Musa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-90 hari ini. Alhamdulillah, orangnya masih bertokoh dan segak.

“Menghimbau sejarah, Tun Musa adalah mantan Timbalan Perdana Menteri dan merupakan sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti, selain menjadi watak yang gigih meneguh perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

“Saya ucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat Tun Musa Hitam. Semoga Tun terus sihat dan terus memainkan peranan menyemarak perpaduan di kalangan rakyat,” tulis Perdana Menteri. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI