fbpx

Lelaki bunuh bapa saudara angkara perselisihan faham keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan IPD Miri melakukan siasatan di rumah suspek, yang disyaki membunuh bapa saudaranya disebabkan tidak berpuas hati kerana isu dalaman ahli keluarga mereka.

MIRI – Perselisihan faham antara ahli keluarga dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang lelaki oleh anak saudaranya sendiri sebelum mayatnya ditemui di tepi sungai di Senadin, di sini dengan 10 kesan tetakan pada badan.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, susulan kejadian itu, pihaknya berjaya menahan suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an kira-kira pukul 2 petang semalam di rumahnya di Tudan.

“Hasil siasatan awal, motif pembunuhan adalah dipercayai tidak berpuas hati kerana isu dalaman ahli keluarga mereka. Hubungan antara mangsa dan suspek adalah bapa saudara dan anak saudara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 9.03 pagi semalam memaklumkan terjumpa seorang lelaki tidak sedarkan diri di tepi sungai di Senadin.

Katanya, mangsa dijumpai dalam keadaan tertungkup di kawasan tebing sungai dan telah dibawa ke darat.

“Pasukan dari IPD Miri yang tiba di tempat kejadian mendapati mangsa hanya berseluar dalam dan terdapat seluar pendek yang tersangkut pada pergelangan kaki.

“Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa menemui enam kesan kecederaan di bahagian kepala disyaki berpunca dari tetakan objek tajam, dua kesan tetakan pada tapak tangan kanan, satu kesan tetakan pada bahagian belakang badan dan satu kesan tetakan pada lutut sebelah kiri,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang berusia 57 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Umum Miri untuk tindakan lanjut, manakala kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI