fbpx

Aliran diesel berjaya disekat masuk LRA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan minyak yang ditemui di aliran Sungai Durian, Serendah.

SHAH ALAM – Tumpahan minyak daripada set generator dan penstoran minyak diesel sebuah tapak projek pembangunan dikesan mengalir dalam aliran Sungai Durian, Serendah, di sini semalam.

Pengesanan itu dibuat pukul 11 pagi sebelum kerja-kerja mitigasi dilakukan segera Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata, tapak pembangunan tersebut terletak kira-kira 170 meter dari sungai tersebut.

Menurutnya, aliran tercemar tersebut berpotensi memberi impak kepada Loji Rawatan Air (LRA) LRA Rantau Panjang yang jaraknya kira-kira 27.22 kilometer daripada lokasi penemuan.

“Arahan telah dikeluarkan bagi premis terlibat melaksanakan kerja pemulihan dan pembersihan segera serta kawalan tumpahan di premis daripada memasuki Sungai Durian.

“LUAS telah menjalankan pemantauan rapi kerja-kerja pembersihan tersebut sepanjang hari semalam yang telah diselesaikan pukul 12.30 tengah malam tadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, pensampelan di kawasan premis dan aliran Sungai Durian turut dibuat dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisa.

Jamaliah menjelaskan, tindakan lanjut siasatan dan penguatkuasaan dijalankan dibawah Seksyen 79 (1) Enakmen LUAS 1999.

“Verifikasi LUAS di kawasan premis dan di Sg. Durian mengesahkan bacaan 0 ton dan tiada kesan minyak ditemui serta mengelakkan henti tugas LRA,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI