fbpx

6,699 notis temu siasat dikeluarkan JPJ Kelantan melalui pemantauan dron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Misuari (kanan) memeriksa lesen memandu seorang wanita pada Operasi Penguatkuasaan HRA 2024 di Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur, Jalan Kuala Krai di Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan sebanyak 6,699 notis temu siasat pelbagai kesalahan jalan raya terhadap pemandu menerusi pemantauan udara menggunakan dron sepanjang Ops Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 bermula 1 April hingga semalam.

Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, tidak mematuhi isyarat lalu lintas lampu merah dan memotong barisan merupakan antara kesalahan yang dikesan menerusi dron.

Menurutnya, kesemua pemandu yang melakukan kesalahan itu diberi notis tersebut mengikut Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita beri tempoh selama 14 hari kepada pemandu yang melakukan kesalahan itu untuk hadir ke pejabat JPJ. Jika ingkar, notis saman akan dikeluarkan terus kepada pelaku,” katanya semasa sidang media Penutup Operasi Penguatkuasaan HRA 2024 di Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur, Jalan Kuala Krai di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Mohd. Misuari memberitahu, selain itu, 10,318 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, daripada jumlah itu, Notis Saman JPJ (P) 22 merekodkan kesalahan paling tinggi iaitu 9,122, diikuti notis sita Seksyen 64 (1) sebanyak 412 kes dan notis larangan penggunaan kenderaan dengan 404 kes.

“Selain itu, notis arahan periksa Seksyen 61 (1) sebanyak 233 kes, notis temu siasat (134), notis arahan timbang Seksyen 63 (1) iaitu lapan kes dan permintaan butir-butir pemandu Seksten 23 (5),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI