fbpx

Biar polis siasat kes guru tumbuk rakan sekerja – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina.

GUA MUSANG – Kementerian Pendidikan (KPM) menyerahkan sepenuhnya siasatan insiden seorang guru wanita yang cedera selepas dipukul rakan sekerja di sebuah sekolah rendah di Kemaman, Terengganu kelmarin kepada pihak polis.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya menyerahkan kes terbabit kepada pihak berwajib dan akur dengan segala keputusan.

“Kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berwajib dan kita akur dengan semua tindakan.

“KPM mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat punca pergaduhan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Bahan Enhancing Reading Through Digital Text (ERDT) Bawah Program Literasi Untuk Murid Orang Asli Dan Pribumi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis, di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang guru lelaki yang disyaki menumbuk mata kiri rakan sekerja wanitanya sehingga lembam berjaya ditahan polis di rumahnya semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 46 tahun dicekup di kuartersnya pada pukul 9 malam.

Katanya, Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin membenarkan perintah reman selama tiga hari bermula semalam sehingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 akta sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI