fbpx

Titah Adendum Najib tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika sidang akhbar selepas mesyuarat Jemaah Menteri di kementeriannya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini tidak membincangkan isu Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.

“Tidak dibincangkan,” jawabnya ringkas.

Sebelum ini, Najib mendakwa bahagian tambahan atau titah adendum dalam pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membenarkannya untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah.

Najib membuat dakwaan itu apabila memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman titah adendum atau tambahan titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Mahkamah Tinggi di sini, pada 1 April lalu, menerusi firma guaman, Tetuan Shafee & Co.

Pada sidang akhbar sama, Fahmi turut memaklumkan, mesyuarat Jemaah Menteri juga tidak membincangkan ikrar afidavit oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum itu.

Dalam perkembangan lain, Fahmi memaklumkan kerajaan telah meluluskan penganjuran Global Ulama’ Conference yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 7 hingga 8 Mei depan.

Katanya, persidangan itu akan dikendalikan Muslim World League yang berpangkalan di Arab Saudi dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Selain itu, Fahmi turut memberitahu Jemaah Menteri merakamkan terima kasih kepada pasukan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) kerana berjaya mengawal harga barangan keperluan pada musim perayaan Aidilfitri lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI