fbpx

Tebing tapak letak kereta runtuh di One Selayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang tersangkut ekoran tanah runtuh di tebing tempat letak kereta One Selayang, Gombak, hari ini.

GOMBAK – Tebing tapak letak kereta dilaporkan runtuh menyebabkan dua buah kenderaan tersangkut dalam kejadian di tempat letak kereta di Jalan OS 1/2, One Selayang, di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan insiden tersebut sekitar pukul 10 pagi.

Jelas beliau, seramai enam anggota lain-lain pangkat serta dua buah jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelemat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat runtuhan tanah di bahagian tempat letak kereta.

“Terdapat dua buah kenderaan yang tersangkut bahagian tayar belakang kereta berikutan tanah runtuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, insiden itu tidak melibatkan struktur bangunan terdekat dan mangsa. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI