fbpx

Majlis Keselamatan PBB undi keahlian Palestin esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat di ibu pejabatnya di New York pada 14 April lalu. - AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi permohonan Palestin untuk menjadi negara anggota penuh badan dunia itu esok, demikian menurut beberapa sumber diplomatik.

Di tengah-tengah konflik serangan tentera Israel di Gaza, Palestin pada awal April lalu memperbaharui permohonan keahlian yang pertama kali dibuat kepada PBB pada 2011.

Amerika Syarikat (AS) yang memegang kuasa veto berulang kali menyatakan bantahan terhadap cadangan itu.

Perhimpunan Agung PBB boleh menerima negara anggota baharu dengan undi majoriti dua pertiga, tetapi hanya selepas Majlis Keselamatan memberikan cadangannya.

“Keanggotaan dalam PBB adalah langkah penting ke arah yang tepat dan penyelesaian adil bagi isu Palestin, selaras dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB yang berkaitan,” kata kenyataan dikeluarkan blok Kumpulan Arab.

Palestin, yang mempunyai status pemerhati PBB sejak 2012 telah melobi selama bertahun-tahun untuk mendapatkan keahlian penuh.

“Kami berusaha untuk memohon keanggotaan (penuh). Ia adalah hak kami yang sah,” kata Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour.

Menurut Palestin, 137 daripada 193 negara anggota PBB sudah mengiktiraf negara Palestin dan ia memberi harapan bahawa permintaan mereka akan disokong dalam Perhimpunan Agung.

Bagaimanapun, desakan Palestin berdepan halangan besar kerana AS selaku sekutu terdekat Israel akan menggunakan kuasanya dari menghalang cadangan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI