fbpx

Lelaki cedera dibelasah keluar dengan isteri orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SIBU – Seorang lelaki cedera akibat dibelasah tiga lelaki kerana didakwa keluar dengan isteri salah seorang suspek.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, 24, kira-kira pukul 10.29 malam, 14 April lalu sejurus selepas kejadian.

Katanya pada hari yang sama kira-kira pukul 5 petang, semasa mangsa menunggu bas di Jalan Pahlawan di sini, dia telah didatangi oleh tiga orang lelaki yang tidak dikenali dan terus menyerangnya, sebelum membawanya masuk ke dalam sebuah pikap menuju ke sebuah rumah di Jalan Sentosa, di sini.

Susulan itu, Zulkipli berkata bertindak atas maklumat pada hari yang sama, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu telah berjaya menangkap salah seorang suspek lelaki warga tempatan berumur 26 tahun bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan pengadu telah keluar dengan isteri suspek. Disebabkan rasa marah, suspek bersama-sama tiga lagi rakan yang masih bebas bertindak memukul dan mengugut mangsa supaya tidak mengganggu isterinya lagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya suspek kini ditahan reman selama tiga hari sehingga 18 April ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI