fbpx

Sanusi nafi kahwin lagi satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (kanan) pada Majlis Perasmian Benih Padi Huma di Kampung Radik di Sik, hari ini.

SIK – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menafikan dakwaan kononnya beliau bernikah lagi seperti yang ditularkan di media sosial, baru-baru ini.

Beliau dalam nada berseloroh bagaimanapun tidak menolak perkara tersebut sekiranya ada jodoh.

“Belum lagi, mana tahu ada jodoh? Kalau jodoh orang Sik apa salahnya. Orang Sik, orang Alor Setarkan,” katanya ketika ditanya mengenai dakwaan tersebut.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jeneri itu berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Benih Padi Huma di Kampung Radik, di sini hari ini.

Sebelum in tular dakwaan kononnya Muhammad Sanusi menyambut raya di kampung isteri keduanya susulan keberadaan beliau di negeri Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI