fbpx

Ribut petir hampir seluruh Semenanjung petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melibatkan 10 negeri sehingga pukul 6 petang, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk itu tertumpu di kebanyakan negeri Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan, dan Johor berikutan fenomena penumpuan angin dari pelbagai arah di kawasan perairan Selat Melaka.

“Ia melibatkan Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak serta Terengganu (Dungun dan Kemaman).

“Selain itu, bagi Pahang, hujan lebat dijangka melanda Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut dan Bentong di Pahang serta, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka,” katanya.

Sementara itu, MetMalaysia berkata, tiada amaran hujan lebat dikeluarkan di negeri Sabah dan Sarawak selain cuaca diramalkan cerah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI