fbpx

Ramai akui sukar kawal nafsu, suka berbelanja tanpa berfikir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ramai mengakui mereka sukar untuk mengawal nafsu berbelanja sehingga berlaku pembaziran sama ada membeli barangan peribadi atau perhiasan rumah.

Situasi itu dibuktikan menerusi pertanyaan yang dikemukakan laman Instagram @era.je mengenai tabiat orang dalam berbelanja.

“Kalau nak beli sesuatu, anda akan beli dulu fikir kemudian atau fikir dulu beli kemudian,” soal hantaran itu.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat 123 pandangan diberikan orang ramai dan lebih separuh daripada mereka menyatakan gemar membeli dahulu barangan yang diminati sebelum berfikir sama ada ia satu keperluan atau hanya pembaziran.

“Tengok pada barang. Tapi ‘blender’ (pengisar) aku beli dahulu baru aku fikir, sampai sekarang tak guna,” kata @pijoe_awang.

“Beli dahulu, menyesal kemudian,” akui @erulsamah.

“Beli sahaja, kalau tak beli nanti mulalah episod halusinasi, obsesi dan lain-lain lagi, guna atau tidak fikir nanti, janji puas hati dapat beli lagi-lagi bila ada diskaun ‘gila-gila’,” kata @Aisyahhalim.

Bagi pengguna @ainnajwahassan pula, dia sering menggunakan kaedah ‘beli dahulu fikir kemudian’ kerana jika barangan tersebut tidak digunakan segera, ia boleh dimanfaatkan pada masa akan datang.

“Beli dahulu fikir kemudian. Kadang-kadang beli bukan kegunaan sekarang pun, tetapi untuk kegunaan akan datang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI