fbpx

Putrajaya dilanda ribut, banyak pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pokok tumbang yang dilaporkan berlaku sekitar Putrajaya petang ini. - Foto INSTAGRAM RADZI JIDIN

PETALING JAYA – Kebanyakan kawasan di Putrajaya dilaporkan mengalami hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang pada sebelah petang hari ini.

Susulan itu, terdapat insiden pokok tumbang di beberapa kawasan sekitarnya sehingga menyebabkan kerosakkan pada kenderaan orang awam.

Menerusi perkongsian di laman Instagram Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin, beliau memaklumkan telah menerima aduan daripada penduduk sekitar Presint 9, Putrajaya yang memberitahu terdapat pokok tumbang di kawasan tersebut yang menghalang laluan jalan raya.

“Petang ini, hujan lebat dan ribut melanda Putrajaya. Saya telah menerima perkongsian daripada sahabat di Presint 9 yang memaklumkan ada pokok-pokok yang tumbang di laluan masuk Fasa 12 dan kawasan tempat letak kereta akibat hujan lebat petang tadi.

“Ada juga beberapa kenderaan mengalami kerosakan ditimpa pokok yang tumbang. Kami telah menghubungi pihak-pihak yang berkenaan untuk segera memberikan bantuan di kawasan berkenaan.

“Susulan itu, saya dimaklumkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak syarikat selenggara turut sama membantu memulihkan keadaa laluan di kawasan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan sebahagian kawasan di Semenanjung mengalami cuaca buruk pada petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dilaporkan melanda negeri Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan seluruh Perak.

Selain itu, turut terkesan adalah sekitar Terengganu (Dungun dan Kemaman). Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut dan Bentong) serta kawasan negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Bagaimanapun, MetMalaysia menjangkakan keadaan tersebut akan kembali reda mejelang lewat petang hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI