fbpx

Penyamun ‘ninja baju’ diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi penjenayah ala ninja yang melarikan laci, tabung duit serta telefon bimbit dari kedai runcit di Telok Panglima Garang.

KUALA LANGAT – Seorang peniaga kedai runcit kerugian RM3,000 apabila disamun dua lelaki termasuk ala ninja bersenjata parang dalam kejadian di Kebun Baru, Telok Panglima Garang di sini semalam.

Kejadian itu diketahui mangsa berusia 52 tahun yang semasa kejadian berada di kedai makan selepas dimaklumkan pekerjanya kira-kira pukul 3 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek datang ke premis tersebut dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna hitam.

Katanya, salah seorang daripadanya dengan bersenjata parang telah keluar dalam memasuki kedai runcit tersebut.

“Suspek menutup mukanya dengan menggunakan baju yang dijadikan topeng itu telah mengambil laci mengandungi wang tunai dan dua tabung masjid.

“Turut dilarikan adalah sebuah telefon bimbit pekerja kedai berkenaan. Anggaran kerugian adalah RM3,000,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Ekoran itu, beliau menegaskan, pihaknya sedang giat mengesan suspek-suspek yang terlibat dengan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Justeru, Ahmad Ridhwan memaklumkan agar mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah ini di talian 03-31872222. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI