fbpx

Penunggang motosikal ditemui tidur tepi kolam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu tidak sedar dan masih dalam keadaan tertidur ketika ditemui. – TIKTOK @kejadian_temanggung

JAKARTA – Seorang penunggang motosikal ditemui tertidur di tepi sebuah kolam di Progo, Temanggung dalam wilayah Jawa Tengah,  lapor akhbar Tribunnews semalam.

Lebih mengejutkan, motosikalnya ditemui di sebuah kawasan lapang dipenuhi belukar  jauh dari jalan raya utama.

Rakaman video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @kejadian_temanggung itu tular di media sosial.

Menerusi rakaman itu, beberapa penduduk yang dibantu polis tempatan melakukan pencarian di kawasan berkenaan.

Penunggang lelaki itu ditemui tertidur di tepi kolam di daerah Gandokan, manakala motosikal dan topi keledarnya ditemui di kawasan lain di Desa Badran, Kranggan.

Lelaki itu tidak sedar dan masih dalam keadaan tertidur ketika  ditemui.

Video ini mengundang pelbagai reaksi netizen dengan sebahagian mereka menganggap lelaki tersebut diganggu oleh makhluk halus.

“Lelaki itu awalnya melalui jalan besar sebelum berada di tengah tepi kolam secara tiba-tiba,”

“Padahal kawasan  itu tidak mempunyai akses jalan yang boleh dilalui oleh kenderaan”, kata individu yang memuat naik klip video kejadian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI