fbpx

Nadir Al-Nuri, keluarga bersatu, PMX zahir penghargaan kepada Presiden Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesyukuran susulan kejayaan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman bersatu semula dengan keluarganya.

Dalam masa sama, Anwar turut menzahirkan penghargaan terhadap Presiden Mesir Abdel Fattah Al Sisi dan kerajaannya atas kerjasama membawa keluarga Muhammad Nadir dari Gaza.

Alhamdulillah, keluarga saudara Nadir berjaya disatukan. Penghargaan tidak terhingga buat sahabat saya Presiden Abdel Fattah Al Sisi dan kerajaan Republik Arab Mesir atas kerjasama yang diberikan,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Muhammad Nadir menerusi hantaran di Facebook mendedahkan watak utama dalam ‘misi gila’ untuk membawa keluarganya itu adalah Perdana Menteri sendiri.

Muhammad Nadir berkata, segalanya bermula apabila beliau bersama sahabat nya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Dr. Ahmad Sani Abdul Alim Araby berpeluang untuk menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis di Shah Alam.

Katanya, ketika itu beliau sempat memberitahu kepada Anwar bahawa keluarganya terkandas di Rafah.

“Beliau hanya sempat membelek kiriman dan memberikan respons ringkas bahawa beliau akan bantu sebelum terus menaiki kenderaan ke majlis seterusnya.

“Hati saya mula luluh, mungkin itu bahasa orang politik saja. Namun dalam surat saya, ada saya akhiri ayat dengan ‘Kepada Allah jualah kami berserah’. Saya langsung tawakal dan dan serahkan segalanya kepada Allah,” katanya.

Bagaimanapun katanya, sehari sebelum Aidilfitri, beliau telah dihubungi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi dan dibawa bertemu keluarganya di satu lokasi khas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI