fbpx

Hafizul mahu lari ke Mekah melalui Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily (kiri) menunjukkan kereta jenis Honda Civic yang dipandu Hafizul sewaktu melarikan diri ke Kelantan. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Lelaki yang didakwa melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, Selangor kelmarin dipercayai mahu melarikan diri ke Mekah melalui negara jiran.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya merampas wang tunai dan sepucuk pistol bersama 33 butir peluru, mercun bola, enam biji telefon bimbit dan pasport daripada Hafizul Harawi.

Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan bermula hari ini.

“Lelaki itu tiba di Kelantan petang kelmarin selepas zuhur dan menginap di sebuah hotel dengan membuat pendaftaran menggunakan identiti individu lain,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Dalam kejadian pada 1.20 pagi kelmarin, lelaki itu didakwa melepaskan tembakan ke arah isterinya yang dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di KLIA 1.

Walau bagaimanapun, tembakan tersebut terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi isterinya. Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Selepas 36 jam melarikan diri, polis berjaya memberkas lelaki itu pada pukul 3 petang semalam di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam di sini oleh pasukan JSJ Kelantan.

Ketika ditahan, berlaku pergelutan antara lelaki itu dan polis. Polis turut merampas sepucuk pistol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI