fbpx

[VIDEO] Hot Wheels ganti duit raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan tetamu mendapat kereta mainan Hot Wheels sebagai duit raya.

PETALING JAYA – Tular sebuah video yang menunjukkan beberapa tetamu teruja apabila menerima kereta mainan terkenal, Hot Wheels sebagai duit raya.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @sxribubulan, bapanya yang merupakan pengumpul kereta mainan itu telah menghulurkan beberapa kotak Hot Wheels kepada mereka yang hadir ke rumahnya ketika beraya.

Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, netizen memberitahu kereta mainan itu berharga antara RM9.90 dan boleh mencecah sehingga RM79 mengikut nilai serta kualitinya.

“Sebiji itu pun sudah mahal, saya nak kumpul pun ambil masa,” komen @muhdzulhafiq.

“Anak saya ada banyak tapi dia orang dah tak nak, tahun depan boleh beri pada budak-budak yang datang beraya,” komen @sue.

“Seronoknya dapat kereta mainan,” komen @cepekmata.

“Comel je masing-masing tengok jenis kereta apa yang dapat,” komen @quewan.

Sehingga kini video tersebut mendapat 164,800 tanda suka dan 18,000 perkongsian. -KOSMO! ONLINE

@sxribubulanberaya di rumah collector hotwheels be like 🏎️

♬ Ketipak Ketipung Raya – Aisha Retno & Aziz Harun

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI