fbpx

Perompak besi buruk tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK kumpulan perompak yang berjaya ditahan selepas mencuri besi buruk di perairan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi, semalam.

KOTA TINGGI – Taktik sekumpulan perompak besi buruk dari negara jiran menggunakan laluan rentas sempadan melakukan jenayah pada Syawal berjaya ditumpaskan selepas ditahan pagi semalam.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Sedili menerima aduan berkaitan satu bot tunda Bongawan 9 dengan muatan besi buruk dalam perjalanan Labuan ke Pelabuhan Klang telah dinaiki sekumpulan perompak di kedudukan 3.8 batu nautika daripada Tanjung Penyusop pada pukul 10.45 pagi.

Katanya, sebuah bot ronda maritim yang sedang bertugas di Johor Timur telah bergegas ke sana dan berlaku kejar-mengejar sebelum berjaya menahan bot tersebut di kedudukan 3.6 batu Selatan Tanjung Penyusop tidak jauh daripada tempat kejadian.

“Kita dapat menahan sebuah bot kayu tanpa nama yang dengan penuh barangan curi yang diperolehi daripada barge Hexagro 9 dan semasa diiring ke pos maritim Pengerang bot yang kami tahan telah mengalami kebocoran dan telah tenggelam pada kedudukan dua batu nautika daripada Tanjung Bulat.

“Hasil penahanan yang kami jalankan terdapat lima orang lelaki disyaki warga Indonesia berumur 31 hingga 53 tahun dan dibawa ke Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri serta pecah masuk premis serta seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen iaitu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri semasa ditahan. Kesemua suspek juga ditahan reman selama 14 hari bermula hari ini,” katanya pada sidang media di Zon Maritim Tanjung Sedili, di sini hari ini.

Katanya, anggaran awal jumlah rampasan hasil tangkapan itu bernilai kira-kira RM20,000 dimana pihaknya masih lagi sedang melakukan penilaian sebenar ekoran bot yang telah tenggelam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI