fbpx

Hafizul okey, dia sihat – Mohd. Shuhaily

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily (tengah) ketika ditemui pemberita di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Keadaan lelaki diburu polis, Hafizul Harawi, 38, yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang semalam berada dalam keadaan sihat selepas ditangkap di depan sebuah hospital swasta di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, keadaan fizikal lelaki itu juga okey dan polis sedang menjalankan proses mengumpul maklumat mengenai kes tersebut.

“Dia (Hafizul) sihat, Alhamdulillah. Suspek okey dan fizikal dia okey.

“Biar kita proses dulu suspek yang ditahan hari ini. Esok suspek akan menjalani prosiding reman di Mahkamah Kota Bharu. Selepas semua maklumat diperoleh, kita akan kongsikan kepada pihak media menerusi sidang akhbar esok,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan, seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes  cubaan membunuh isterinya dengan melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 dicekup di Kota Bahru, hari ini selepas 37 jam diburu polis.

Terdahulu, seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi dalam kejadian pukul 1.20 pagi semalam.

Wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI