fbpx

Guardiola gembira prestasi semasa City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND (kiri) meledak satu gol ketika menentang Luton malam kelmarin untuk mengumpul koleksi jaringan ke-20 musim ini. – AFP

MANCHESTER – Berada di puncak carta Liga Perdana Inggeris (EPL) buat sementara waktu bukanlah satu sumber keselesaan, namun pengurus Manchester City, Pep Guardiola lebih gembira dengan prestasi pasukannya pada fasa getir ketika ini.

Guardiola lebih cen­derung memuji barisan pemainnya yang menampilkan aksi dalam kelas tersendiri selepas membelasah Luton Town 5-1 di Stadium Etihad malam kelmarin.

“Kami bermain seperti yang kami lakukan menentang Crystal Palace (menang 4-2) dan Real Mad­rid (seri 3-3 suku akhir pertama Liga Juara-Juara). Hari ini kami bermain dengan sangat baik terutamanya di separuh masa kedua, empat lagi (gol),” kata Guardiola.

Penyerang City, Erling Haaland mencatat rekod jaringan terba­nyak dengan gol ke-20 musim ini selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-76.

Empat lagi gol The Citizens dalam aksi itu diperoleh menerusi jaringan pemain pertahanan Luton, Daiki Hashioka seawal minit kedua diikuti Mateo Kovacic (m-64), Jeremy Doku (m-87) dan Josko Gvardiol (m-90).

Kemenangan itu meningkatkan keyakinan City yang akan menanti kunjungan Real untuk aksi timbal balik suku akhir Liga Juara-Juara pada Khamis ini sebelum berentap dengan Chelsea pada separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley tiga hari kemudian.

“Saya beritahu para pemain betapa beruntungnya mereka selepas apa yang telah dilakukan musim sebelumnya (memenangi tiga kejuaraan) dan kini masih bersaing lagi di EPL.

“Selepas ini kami akan bermain menentang Real Madrid untuk mencari peluang layak ke separuh akhir dan kemudian Chelsea dengan harapan dapat ke final Piala FA sekali lagi,” jelas Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI