fbpx

Banjir kilat, tiga PPS diaktifkan di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA kawasan di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak pukul 4 petang semalam.

MELAKA – Tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan di negeri ini bagi menempatkan 122 mangsa yang terjejas dalam kejadian banjir kilat, petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, dua PPS telah diaktifkan di daerah Alor Gajah iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal dan Balai Raya Bukit Balai, manakala satu di Japerun Ayer Keroh.

“Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan termasuk Kampung Bukit Tambun, Kampung Parit Melana dan Bukit Balai telah dinaiki air.

“Susulan itu kita mengaktifkan dua PPS dan setakat pukul 8 pagi tadi seramai 110 mangsa daripada 32 buah keluarga telah ditempatkan di sana,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambahnya, selain itu kawasan terjejas adalah Taman Murai Jaya, Kampung Padang Keladi, Kampung Belimbing Dalam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Durian Tunggal.

Jelasnya, PPS Japerun Ayer Keroh telah diaktifkan pada pukul 11 malam tadi yang menempatkan mangsa dari Kampung Sungai Putat, Taman Melawis Bukit Beruang, Taman Ayer Keroh Heights dan Kampung Enam.

“Hujan lebat sejak pukul 4 petang semalam telah menyebabkan air sungai melimpah di kawasan perumahan dan jalan raya di kawasan itu.

“Seramai 12 mangsa daripada dua buah keluarga dipindahkan. Tinjauan anggota di lokasi pada pagi ini mendapati air banjir telahpun surut dan kita akan benarkan mangsa pulang selepas memastikan keadaan selamat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI