fbpx

Wan Azharuddin Ketua Polis Daerah Kuala Muda baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaidy (kiri) menyerahkan tugas Ketua Polis Daerah Kuala Muda kepada Wan Azharuddin (kanan) sambil disaksikan Fisol di IPD Kuala Muda di Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Muda yang baharu bermula hari ini.

Beliau menggantikan Senior Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan yang ditukarkan ke Bukit Aman untuk menjalankan tugas sebagai Ketua Penolong Pengarah (Persenjataan) Bahagian Teknikal/Operasi, Jabatan Logistik dan Teknologi.

Wan Azharuddin yang pernah bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuala Muda berkata, beliau gembira apabila dapat kembali ke daerah ini dan dapat melaksanakan tugas dengan berkesan kerana telah mengenali sebahagian besar pegawai dan anggotanya.

“Saya yakin dengan kerjasama semua peringkat indeks jenayah di daerah ini akan dapat dikurangkan.

“Selain itu, saya juga akan mengambil langkah bersesuaian untuk membanteras jenayah termasuk mengekang aktiviti haram di daerah ini,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Zaidy yang memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Muda selama dua tahun menyerahkan jawatan itu selepas majlis serah tugas antara mereka disaksikan Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI