fbpx

Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden kereta kabel di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia dilapor terlibat dalam kemalangan kereta kabel di daerah Antalya, selatan Turkiye pada petang 12 April lalu dan ia disahkan Kementerian Luar Negeri menerusi kenyataan akhbar, semalam.

Menurutnya, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, sedang memantau secara rapi perkembangan insiden itu.

“Kerajaan Malaysia merakamkan simpati kepada mangsa dan keluarga yang terjejas. Kedutaan Besar Malaysia di Ankara sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk dapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Ankara di alamat Koza Sokak No. 56, Gaziosmanpasa Cankaya, Ankara, atau di talian 00 (90-312) 44635 47 / 48 00 (90 – 5078128406) (telefon bimbit) atau e-mel: [email protected].

Mereka juga boleh menghubungi Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Istanbul di alamat Esentepe Mah. Ali Kaya Sok. No: 1/1B, Polat Plaza, B Blok, Kat 8, Levent/Sisli, Istanbul atau melalui talian 00 (90-212) 989 10 01 atau e-mel: [email protected]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI