fbpx

[VIDEO] Rakyat Malaysia paling ramai pakai Tesla di Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia menjadi pengguna kenderaan elektrik (EV), Tesla paling tinggi di Asia Tenggara pada tahun 2024.

Menurut infografik yang dikongsikan oleh @raven_ciel13 di laman TikTok, jumlah pengguna Tesla di negara ini melonjak naik pada tahun 2023 melepasi dua buah negara iaitu Singapura dan Thailand.

“Pada hujung tahun 2022, kira-kira 633 orang pengguna kereta Tesla dicatatkan di negara ini, manakala sebanyak 2,666 pengguna di Thailand dan 2,325 pengguna di Singapura.

“Bagaimanapun, jumlah pengguna Tesla di Malaysia meningkat kepada 12,915 pengguna pada hujung tahun 2013, melepasi Singapura dengan 6,881 pengguna dan Thailand, 6561 pengguna,” katanya.

Statistik terkini menunjukkan Malaysia mendahului dengan 22,784 orang pengguna Tesla disusuli Singapura (9,927 pengguna) dan Thailand (8,047 pengguna).

Selain itu, jumlah pengguna Tesla di Vietnam adalah sebanyak 680 orang, diikuti 578 pengguna di Filipina dan 496 pengguna di Indonesia.

Meninjau ke ruangan komen, rakyat Malaysia rata-ratanya terkejut dengan jumlah pengguna Tesla di negara ini dan tidak menyangka ramai yang memilih untuk menggunakan kenderaan elektrik tersebut.

“Mungkin jumlah melonjak naik sebab Tesla dah buka cawangan pertama di Cyberjaya. Sebab itu ‘sales’ meroket,” kata seorang pengguna.

“Dekat Johor Bahru senang nampak Tesla,” kata Deriss.

“Banyak betul duit orang Malaysia. Siapa yang kaya tu?,” kata Shiaa.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 1,333 komen dan 347,700 tontonan di laman TikTok. – KOSMO! ONLINE

@raven_ciel13Tesla users in SEA ( south east asia ) from 2019 until 2024

♬ sonido original – 𝐈𝐯𝐚́𝐧 𝐑𝐌𝐮𝐬𝐢𝐜 🎧

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI