fbpx

Kongsi foto dengan madu, hubungan Marissa, Misya jernih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Memuat naik hantaran video mesra bersama madu iaitu Misya Mazlan, Marissa Dania Hakim memberi bayangan hubungan mereka baik-baik sahaja.

Kata anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi itu, segala dakwaan mahupun andaian netizen memerlukan penjelasan bagi mengelakkan salah faham.

“Beberapa andaian memerlukan penjelasan bukan?,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram Story.

Pada Rabu lalu, Marissa membawa suaminya iaitu Ahmad Aslam bertemu Abby dan Norman di acara rumah terbuka keluarga besar mereka.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 47, yang berkongsi video hari kejadian menyifatkan Aidilfitri kali ini sebagai ruang buat mereka memperbaiki semua kesilapan lalu.

Mereka sekeluarga meraikan hari raya di kediaman ibu kepada bekas suaminya, Norman di Kuantan, Pahang.

Dua hari selepas itu, Misya pula berkongsi foto bersama Aslam pada 1 Syawal menandakan mereka masih bergelar suami isteri yang sah.

Jelas Misya, dia memuat naik foto berkenaan kerana mahu mengelakkan fitnah mengenai perkahwinannya dengan Aslam.

Terdahulu, Aslam dan Marissa didakwa bernikah di Songkhla, Thailand ketika Misya mengerjakan umrah pada 27 Disember tahun lalu.

Krisis mereka mula meledak pada September 2023 apabila Marissa didakwa menjadi orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Misya bercerai, namun rujuk ketika masih dalam idah.

Aslam dan Misya mempunyai dua cahaya mata iaitu Hud, 3, dan Nuh, 2 tahun. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI