fbpx

Cerita psiko, banyak plot twist – Kakak Misya Mazlan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Berdiri teguh di belakang adik, kakak kepada madu Marissa Dania Hakim iaitu Nadia Mazlan menyelar tindakan pempengaruh tersebut memuat naik video lama bersama Misya.

Katanya, keterbukaan Misya atau nama penuhnya, Umaisya Mazlan menerima ketentuan suami, Ahmad Aslam mengamalkan poligami bukan tiket untuk wanita berkenaan mempergunakan adiknya sebagai bahan konten.

“Dia diam, dia reda, dia mengalah, dia berdamai dengan takdir bukan tiket untuk orang lain boleh ‘gula-gulakan’,” tulisnya menerusi Instagram Story.

Perkongsian tersebut dilakukan sejurus adiknya yang juga isteri pertama Aslam menjelaskan situasi sebenar di sebalik video mesra dimuat naik anak Norman Hakim dan Abby Abadi itu seolah-olah memberi bayangan mereka sudah berbaik.

Pada masa sama, Nadia turut mengakui terkejut dengan tindakan Marissa yang secara tiba-tiba memuat naik video ‘boomerang’ bersama adiknya pagi tadi.

Baginya, cerita yang cuba disampaikan wanita berusia 19 tahun itu seperti sebuah kisah psiko yang mempunyai banyak alur plot sarat kejutan.

Menurut Nadia lagi, perkongsian video itu juga  membuatkan dirinya tertanya-tanya sama ada itu merupakan reaksi balas Marissa terhadap foto  raya Misya dengan Aslam sebelum ini.

“Nak tanya, raya ada minta maaf tak? Betul ke dah berbaik? Betul ke tak meroyan? Sekejap lagi nak beli popcorn, cerita psiko ini best layan. Plot twist banyak.

Terdahulu, Marissa memuat naik video ‘boomerang’ bersama Misya seakan mahu menyatakan mereka dalam keadaan baik dan tidak lagi berbalah antara satu sama lain.

Selang beberapa jam kemudian, Misya menjelaskan bahawa situasi sebenar antara mereka tidak seperti yang digambarkan dalam ‘boomerang’ tersebut.

Marissa menjadi isteri kedua Aslam secara rahsia di Songkhla, Thailand tanpa pengetahuan ibu bapanya mahupun isteri lelaki terbabit yang ketika itu mengerjakan umrah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI