fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik dan cerah hampir di seluruh negara sehingga pukul 2 petang nanti.

Bagaimanapun, MetMalaysia melaporkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak.

Kawasan yang terlibat adalah Sri Aman (Lubok Antu), Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Bintulu).

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Semalam, MetMalaysia melaporkan terdapat 12 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Perlis, (Pulau Langkawi, Pendang, Kuala Muda, Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) Kedah, (Timur Laut) Pulau Pinang dan (Gua Musang) Kelantan.

Seterusnya, tiga kawasan di Sarawak (Limbang, Mukah dan Telang Usan) manakala tiga lagi di Sabah (Beaufort, Tuaran dan Tenom).

“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI