fbpx

Dua lelaki cemas kereta terbabas sebelum hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran yang melibatkan sebuah kereta Mazda CX30 di Jalan Malim Nawar, Kampung Jeram, Kampar dalam kejadian pada pukul 3.47 pagi tadi.

KAMPAR – Dua lelaki berdepan detik cemas apabila kereta Mazda yang dinaiki mereka berdua terbabas sebelum terbakar di Jalan Malim Nawar, Kampung Jeram di sini dalam kejadian pada pukul 3.47 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebelum sampai sembilan minit kemudian.

“Sebaik sahaja sampai dilokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Mazda CX30 musnah 90 peratus dan melibatkan dua mangsa lelaki yang telahpun keluar dari kereta sebaik sahaja bomba tiba.

“Bomba berjaya memadamkan kebakaran kereta sepenuhnya dan dua mangsa yang cedera dihantar ke hospital terdekat untuk rawatan lanjut menggunakan ambulans,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI