fbpx

[VIDEO] Baru nak beraya kena kejar angsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ibunya yang dikejar angsa ketika mahu bersembang dengan jiran.

PETALING JAYA – Niat mahu beraya dan berbual dengan jiran tetangga tergendala apabila seekor angsa secara tiba-tiba mengejar wanita berbaju kurung biru sehingga terjatuh.

Pengguna TikTok @ahnunit_ yang merupakan anak kepada wanita terbabit memuat naik video tersebut semalam dan kini mendapat lebih 600,000 tontonan dan 50,000 tanda suka

Menerusi perkongsian video lucu itu, kelihatan ibunya ketakutan ketika menghampiri pagar di mana tempat jiran-jirannya sedang berborak.

“Mak nanti kena patuk. Hati-hati mak.

“Nak jumpa jiran punya pasal tapi dia (Mak) penakut,” katanya menerusi perkongsian video itu.

Apa yang mengundang tawa ramai adalah apabila ibunya tiba-tiba dikejar salah seekor angsa yang berada di kawasan pagar berkenaan.

Tambah melucukan, seorang wanita memakai anak tudung merah jambu terpaksa ‘melempang’ haiwan tersebut bagi menghentikannya dari mengejar wanita itu.

“Tahun ni rendang angsa ‘on the way’,” seloroh LeMacaroon95.

“Saya kesian tapi saya tak boleh tahan gelak,” komen Diha.

“Haa kan dah kena lempang angsa tu,” tulis a.tyka. – KOSMO! ONLINE.

@ahnunit_Bila mak kau degil 🤣🤣🤣♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI