fbpx

UCL: Peluang Barcelona ke separuh akhir cerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raphinha (kiri) meraikan gol yang dilakukan bersama rakan sepasukan sebentar tadi. - Foto oleh AFP

PARIS – Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez anggap peluang pasukan untuk melangkah ke pusingan separuh akhir nampak cerah selepas menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 3-2 pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Pada perlawanan suku akhir pertama itu, The Catalan selaku pasukan pelawat mempamerkan kebangkitan ketinggalan 1-2 dengan meraih jaringan menerusi Raphina (dua gol) dan Andreas Christensen.

Menurut Xavi, anak-anak buahnya telah menunjukkan karakter unggul untuk memastikan keputusan positif dapat diraih sebelum mengharungi aksi kedua nanti.

“Kami telah bermain dengan cukup baik terutama ketika bertahan dengan PSG melakukan serangan dengan begitu agresif.

“Kini, kami selangkah sahaja lagi untuk mara ke pusingan separuh akhir dan saya anggap peluang kami cukup cerah,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI