fbpx

Komuniti antarabangsa perlu desak henti pembantaian rakyat Gaza – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Anwar di laman Facebook beliau ketika menerima panggilan telefon daripada Erdogan.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan usai berbincang dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Anwar berkata, Erdogan telah menzahirkan harapan agar hubungan antara kedua-dua negara dapat diperhebat terutama dalam bidang perdagangan dan pertahanan.

“Saya juga menggunakan peluang ini untuk sekali lagi mengundang Presiden Erdoğan untuk ke Malaysia.

“Kami gunakan kesempatan ini untuk membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa termasuk situasi di Palestin.

“Saya nyatakan bahawa komuniti antarabangsa perlu segera mendesak pembantaian dan penghapusan rakyat Gaza dihentikan,” katanya.

Anwar berkata, Malaysia akan terus komited menyuarakan pendirian tegas negara mengenai nasib rakyat Palestin di pentas dunia.

Dalam pada itu, dalam panggilan sama, mereka turut bertukar-tukar ucapan Hari Raya Aidilfitri di samping mendoakan agar masing-masing terus diberi kesihatan yang baik untuk memimpin negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI