fbpx

3 anak, 3 cucu Ismail Haniyeh terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Hamas, Ismail Haniyeh. - CHINA DAILY

KAHERAH – Tiga anak lelaki pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor sebuah agensi berita.

Ismail yang menetap di Qatar merupakan jurucakap Hamas di peringkat antarabangsa.

Kediaman keluarganya musnah dalam serangan udara Israel pada November tahun lalu.

Tiga anak lelaki Ismail iaitu Hazem, Amir dan Mohammad terkorban selepas kereta yang mereka naiki dibom di Kem Pelarian Al-Shati, kata Hamas.

Tiga cucu Ismail turut terbunuh dalam serangan itu.

“Darah anak-anak lelaki saya bukan lebih utama daripada darah rakyat kami,” kata Ismail menurut sumber Hamas.

Ismail, 61, memiliki seramai 13 anak lelaki dan perempuan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI