fbpx

Remaja maut di malam raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit pada besi penghadang jalan di Kilometer 58.5 Jalan Batu Pahat -Mersing pada pagi tadi.

KLUANG – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh pembahagian jalan di Kilometer 58.5 Jalan Batu Pahat -Mersing pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi melibatkan Muhammad Hafiz Shahrul Nizam yang berusia 18 tahun menunggang motorsikal jenis Modenas Dinamik dari arah Mersing menghala ke bandar Kluang.

“Mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar batu pembahagi jalan. Penunggang motosikal tercampak dari motorsikal dan tersepit pada besi penghadang jalan yang berada atas batu pembahagi jalan.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di badan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI