fbpx

The Raw, Gerakwanis sumbang 10,000 kampit beras kepada golongan tidak berkemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Amira (tiga dari kanan) bersama wakil daripada Gerakwanis bergambar dengan wakil penerima infak beras di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – The Raw International Sdn. Bhd. (The Raw), mahu menjadikan program sumbangan kepada golongan asnaf dan mereka yang tidak berkemampuan bersempena bulan Ramadan sebagai inisiatif ­tahunan.

Pegawai Perhubungan Awam The Raw, Nor Amira Amizan berkata, ini kerana acara turun padang bertemu kumpulan tersebut telah menyuntik sema­ngat dan inspirasi untuk syarikat membantu golongan berkenaan yang berdepan dengan keadaan yang sukar kini.

“Jika sebelum ini, kami lakukan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini secara dalaman yang melibatkan kumpulan kecil tetapi ini adalah program infak terbesar kami seiring dengan pengukuhan kedudukan kewangan syarikat tahun ini.

“Sehubungan itu, kami telah bekerjasama dengan beberapa organisasi untuk membantu golongan yang memerlukan,” ­katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pen­yerahan sumbangan kepada asnaf khususnya wanita dan ibu tunggal di sini semalam.

The Raw telah memilih 10,000 asnaf daripada pelbagai latar belakang di seluruh Lembah Klang untuk menerima infak beras.

Inisiatif Sentuhan Kasih The Raw itu telah dianjurkan bersama Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis) meng­agihkan 10,000 kampit beras secara berperingkat dalam tempoh tiga hari bermula Jumaat lalu.

Semalam The Raw bersama Gerakwanis menginfak dan ­mengagihkan baki 3,000 daripada 10,000 kampit beras kepada wakil-wakil daripada persatuan bukan kerajaan (NGO), surau, ­madrasah tahfiz, wakil penduduk bandar Tun Razak dan Cheras.

Sebelum itu, syarikat telah menyerahkan 3,000 kampit beras telah diagihkan di Perumahan Awam Desa Rejang di sini.

Terdahulu berhubung program tersebut turut mengagihkan 4,000 kampit beras kepada asnaf berhampiran empat masjid terpilih di sekitar Selangor dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI